Kolej Universiti Agrosains Malaysia

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsi cerita tentang Sejarah tempat saya belajar.
Dimana saya belajar?
Jom ikut Sejarah I.P yang saya belajar...

Saya merupakan student jurusan Pengurusan Landskap di UCAM, tengah L.I pun sekarang ni.dah nak habis belajar dah. InShaAllah bulan 10 ni saya akan konvo.
So jom kenal Kolej Risda a.k.a UCAM


sekolah latihan getah

Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI).

SEKOLAH LATIHAN RISDA

Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA.

INSTITUT LATIHAN RISDA

Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.


KOLEJ RISDA (KRIS)

Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai University College of Agroscience Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA

     Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.
Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.
UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat  Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges 2012/2013) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013.
Sehinggai kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 6000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.

Banyak benda yang saya belajar ketika saya berada di UCAM ni, sangat seronok dapat belajar disini. 
Emmmmm hahahaha tak tahu nak cakap apa lagi 
So selamat berkenalan lah dengan Kolej Universiti AgroSains Malaysia.
Kalau adik-adik yang masih mencari tempat belajar mari lah join UCAM.

Ni saya sertakan Alamat UCAM :
Kolej Universiti Agrosains Malaysia
Lot 2020, Ayer Pa'abas,
Alor Gajah 78000
Melaka Malaysia

Korang boleh hubungi UCAM di sini :
E-mail: admin@ucam.edu.my
Phone: 06-5529227/06-5529642
Fax: 06-5529963
Website: http://www.ucam.edu.my

Ulasan

  1. assalamualaikum sis,, nak tnye kos yg sis amik tu bhgian landscape kan,, boleh x sis cerita sikit psl kos tu,, subjek ape yg sis belaja,, saya student uitm arau, kos perladangan,, so saya berminat nak sambung kos landscape ijazah nanti insyaallah,, so sis boleh tak story mory skit,, hehe tenkiuuu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh sorry lah lambat sikit balas...u ambk ladang...ok nak tnya apa je sbnrnya pasal landskap ni? bg sy landskap ini menarik, u blh belajar macam mana nak kenal pokok, nak jaga pokok n design landskap n macam2 lagi... biasanya dalam landskap ni, u akan belajar lebih kepada pengurusan tanaman, kalau u ada bakat dalam membuat design itu satu bosan untk u untk lebih brjaya dlm bidang ni... dalam bidang ladskap ni juga u akan belajar mengenai perniagaan, akaun and bnyk lagi supaya u lebih nmpk apa bidang kerja u sebenarnya...so sy ucapkan selamat berjaya...kalau nk tnya apa2 lagi silakan sy ok je...

      Padam
    2. Yuran dia untk kslurhan smster berapa?

      Padam
  2. Awak, ucam ni kerajaan ke swasta? terasa macam berminat pulak nk masuk sini. :)

    BalasPadam
  3. Asslamualaikum kak...saya dapat tawaran pengurusan landskap kt ucam...skrang saya tgh fikir sama ada nk terima atau x..sye mintk perniagan sebenarnya tpi dapt landskap...nk kate x mint tu saya memang amik seni dlu..jdi memang minat landskap ni...pendapat akak okey ke klau saya amik? ayah dan mak saya suruh fikirkn sendiri..so saya sangt pening skrg..tarikh daftar tu 31 mei ni..kne hntar borang jawapan sebelum hri daftar tu.. harap akak bole tlong saya bgi nasihat ke or semangt untk amik program ni?

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam... Adik tak perlu risau... sebab dalam Diploma Pengurusan Landskap adik juga akan belajar mengenai perniagaan... Even kalau adik ambil Landskap adik blh je buka busniess bila dh abis bljr nanti.... siap ada kelebihan dlm landskap lagi... so adik tak perlu risau... adik akan dapat keduanya sekali...Perniagaan dan landskap... seronok tau belajar landskap ni...Jujur akak cakap...memang best... so good luck dan jangan pening lagi ok...semuanya kan ok...😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh...okeyy...thanks so much akak....In syaa Allah saya akan jdi junior akak...hehe.. =D

      Padam
    2. alhamdulillah, akk doakan awk akan berjaya. yang penting jangan putus asa. jujur akak cakap mungkin macam susah sikit.. biasalah kita tak biasakan... macam akak juga dulu.. masa semester 1 akk punya pointer cuma 3.015 je.. sbb akak tak beri tumpuan sepenuhnya sbb akk rasa mcam susah, lagi pun akk x ada basic...tapi akk tanam semangat dlm jiwa akk yang akk msti blh buat lbh baik...so alhamdulillah semester 2 dan seterusnya akk dapt dekan... so nasihat akk jgn mudah putus asa, jgn buat asgmnt last minit, berbaiklah dengan pensyarah.. InshaAllah semuanya akan jadi baik... so akk doakn semunya baik utk awk ye...

      Padam
  5. assalam .. so kak fifiy , sy baru je habis foundation under unikl .. tapi result sy kat sana tak berapa nak perform sgt .. lately , my dad gave me a borang from ucam .. and sy tak tak tahu sgt about college ni .. kalau tak keberatan , boleh tak terangkan sdikit sbnyak tntg apa yg ada di kolej tu ? dri segi akademik dia , and so on .. macam mana ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...maaf lambat bals ye...sibuk sikit... ok azim minat apa? dekat ucam ni memang lebih kepada pertaian, tapi kat ucam juga ada kos lain seperti sains komputer, perniagaan, akaun dan macam2 lagi... persekitaran pembelajaran yang bagi akak sangat tenang, sebab jauh dari hiruk piruk bandar. jujur suasana kampung yang sgt best. dengan pensyarah yang banyak membantu, kediaman yang selesa. bagi akak semua yang ada di ucam adalah sangat menarik. so akak pun tak tahu macam mana nak ceritakan lagi... so goodluck

      Padam
  6. salam akak ..boleh saya tanya berapa kos yuran pembelajarn akak?

    BalasPadam
  7. waaalaikumsalam...sorry lambat sikit reply...yuran dah berubah kot kalau nak ikut sekarang dengan dulu...sebab akak masuk tahun 2012... sekarang dah banyak penambahan subjek yang sngt membantu... kalau mahal sikit pun kita boleh buat pinjaman PTPTN

    BalasPadam
  8. Adeq saya ada mohon & ditawarkan program diploma pengurusan ladang.

    Yuran yg dimaklumkan dlm surat tawaran sem 1 rm5000. sem 2 rm4500. Sem 3,rm4500. Sem 4 rm4500.sem 5 rm4700. Jumlah keseluruhan rm23000..

    Sy nk tny, klw dpt full loan PTPTN,berapa yer? Ada lebihan x loan PTPTN tu utk satu sem tu. Maksd ny lebihan duit loan utk satu sem tu klw ada,boleh guna utk duit poket dia.

    Share sket pengalaman awak psl bayaran loan/semester.ada duit lebihan x utk duit poket?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, saya nak minta pendapat akak sbagai alumni UCAM. saya ditawarkan ke program diploma pengurusan perniagaan. Adakah wajar saya mengambil kos itu? Huhu saya tgh dilema nak pi ke tak. Yelah sbb risda kan lebih kpd perladangan kan? Boleh akak beri pendapat atau nasihat akak kpd saya ? Harap akak dpt bantu saya :) tq :)

    BalasPadam
  10. assalamualaikum..ucam ni mmg seronok blaja kt sni..byk bende yg blh dpt kt sni,sye bru nk masuk sem 3 tpi da rase seronok sgt kt sni,kt sini xde buli2 and sume senior baik2..sape yg minat pertanian or perniagaan di sarankn masuk ucam la lagi pun tmpt blaja dy tenang sgt..

    BalasPadam
  11. salam nak tanya, ramai tak student kat sana amek course diploma rangkaian komputer?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..saya dpt tawaran dlm diploma pengurusan landskap kat ucam ni. ucam ni swasta ke ? pengurusan landskap ni mcm mne erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah naiktaraf kerajaan,dulu mmang swasta

      Padam
    2. dah naiktaraf kerajaan,dulu mmang swasta

      Padam
  13. ucam dah naiktaraf skrg under government boleh like page kolej universiti agrosains. utk adik2 y dpat kos dpp (pengurusan perniaagaan tu jgn risau sbab ad pinjmn mara n elaun blnn. landskap yuran pling murah kt sini n bleh buat pinjaman risda dan ptptn,klau mmpu pun blh byar sdri without loan,.untuk adik yang baru nak masuk n daftar kat ucam esok, boleh mohon online derma siswazah di negeri msing2,inshaallah dpt mbantu kwangan anda,sy senior dpl kt ucam. good luck for ur future,

    BalasPadam
  14. Akak, saya nak tanya n kepastian mengenai yuran tmpt ni

    BalasPadam
  15. salam...saya student ucam...nak buat latihan indusri macam mana...mohon penjelasan akak...tq

    BalasPadam
  16. assalamualaikum.. saya dapat tawaran bchelor in accounting di ucam ni.. saya nak tanya samaada program ni diiktirafkan MQA atau tidak ye?

    BalasPadam
  17. assalamualaikum.. saya dapat tawaran bchelor in accounting di ucam ni.. saya nak tanya samaada program ni diiktirafkan MQA atau tidak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam bac accounting dpt pengiktirafan sementara MQA insyallah sebelum tamat pengajian dpt pengiktirafan penuh

      Padam
  18. waalaikumsalam bac accounting dpt pengiktirafan sementara MQA insyallah sebelum tamat pengajian dpt pengiktirafan penuh

    BalasPadam
  19. assalammualaikum , sya dpat twaran pengurusan perniagaan tani di kolej university agrosains ini .. sya ingin brtnye kan tntang pinjaman pelajaran spnjang semesta sepenuhya dtanggung oleh ptptn ke ? di kolej ini mempunyai duit untk sara diri ke setiap sem ? sya ingin mngetahui lebih lanjut tntang kolej ini dan kos yg dtawarkan kpada sya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinjaman pelajaran mengikut program spt MARA, PTPTN dan tak silap biasiswa bagi ank pekebun kecil disediakan di UCAM. Utk "duit" sara diri adalah daripada pinjaman pelajaran yg telah dipohon.Program pengurusan perniagaan tani suatu program yg sgt menarik dan I.Allah mempunyai bnyk peluang pekerjaan apabila tamat belajar kelak.Cth agensi pertanian yg memerlukan graduan program ini spt FAMA, LPP dsbagainya mengikut keperluan agensi pertanian tersebut.

      Padam
  20. Hai, Assalamualaikum saya dapat tawaran diploma sains pertanian, adakah course ni dapat pengiktirafan MQA?

    BalasPadam
  21. Hai, Assalamualaikum saya dapat tawaran diploma sains pertanian, adakah course ni dapat pengiktirafan MQA?

    BalasPadam
  22. Hai, Assalamualaikum saya dapat tawaran diploma sains pertanian, adakah course ni dapat pengiktirafan MQA?

    BalasPadam
  23. Waalaikumsalam utk diploma sains pertanian telah dpt pengiktirafan MQA

    BalasPadam
  24. Assammualaikum akak, nk tanya okay ke saya ambik kos sains pertanian?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kak,yuran setiap semester lain2 ke?n brape ratus utk yuran sem 1?tq

    BalasPadam
  26. Hi kak.. Saya dari sabah dan telah dapat tawaran untuk program ijazah pengurusan pertanian di ucam bulan 8 nanti. Kak, bangunan baru tu dewan ataupun tempat untuk student study juga?. Dan lagi satu untuk pembiayaan ptptn tu ada tak balance lebih untuk duit poket? hehe.. Cafe? student dari sabah ada tak jg study kat ucam? atm? dan lagi satu dengar2 sem3 student dah tak boleh tnggal hostel?? :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tlg jwbkan. Bgunan baru dwn dan jgk dijadikan dwn kuliah. Kalau guna ptptn ada lbihan. Cafe ada 2. Ramai jgk stdnt sabah. Atm ada. Boleh tinggal hostel kalau ada yg kosong utk sem 3

      Padam
  27. Salam semua. Kredit juga diberikan kepada pemilik blog ini. Bg pertanyaan tentang ucam boleh direct whatsapp sy www.wasap.my/60176746705

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asslm . Berapa yuran pngajian utk dip.sains pertanian di ucam.tq

      Padam
    2. mohon cik farah terus pm sy di www.wasap.my/60176746705 @ https://api.whatsapp.com/send?phone=60176746705&text=

      Padam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LATIHAN INDUSTRI & LATIHAN PRATIKAL

My Lovely Roommate